Wednesday, October 9, 2013

NAK IBU

Sebulan lepas pindah rumah iaitu pada 7hb. Jun 2005, saya balik dari kerja cepat-cepat balik kerumah. Isteri dan anak-anak dah bersiap. Jam 6 petang bergerak menuju Shah Alam; menghantar isteri ke Hotel DePalma untuk menghadiri kursus Pengurusan Kewangan anjuran MARA Selangor selama 4 hari 4 malam. Anak yang kecil umur 4 tahun pada mulanya seronok je nampaknya, tapi lepas selesai ibunya check-in hotel dan saya bawa dia masuk saja ke dalam kereta mula lah dia merengek "nak ibu.. nak ibu.. huuuuuuu...." Si kakaknya cuba mententeramkan adiknya. "Jom kita pergi rumah Opah" saya mula mengumpan. "Yeay..!!" jerit si kecil. Selang beberapa saat kemudian dia buat lagi "nak ibu.. nak ibu.. huuuuuuu....". Adoi... cepatnya dia 'switch'... Saya,"Kita pergi rumah Mak Lang dulu lah ye" Kakak,"Kata nak pergi rumah Opah" Adik,"nak ibuuuuu...." Saya,"yelah gi rumah Mak Lang dulu pastu kita turun la gi rumah Opah" (Rumah Mak Lang nya tingkat 12, opahnya tingkat 8 ) Sampai di Rumah Pangsa Sri Kota, semasa dalam lif kakak nya pulak tiba-tiba basah mata.. Saya,"kenapa kakak?" Kakak,"Nak ibuuuuu... huhuuuu" Adik,"Nak ibuuuuu...." Aduss.....

No comments:

Post a Comment