Wednesday, October 9, 2013

ROTI CANAI

Masih lagi cerita roti, tapi kali ni lain sikit iaitu Roti Canai. Dulu masa di Korea tahun 1996, saya pernah buat roti canai. Tengah boring-boring takde apa nak buat. Semua 'housemate' tak ada di rumah. Timbul pulak idea nak buat roti canai. Entah macammana boleh dapat resepi. Zaman tu mana ada internet macam sekarang ni. Nak search kat mana? Hah hentam saja lah... Asal ada tepung gandum, telur, susu, margerin dengan minyak masak. Bikin punya bikin bancuh uli entah berapa sukatan bahan main hentam jadi pulak.... Sementara memerap 'doh' saya masak kari ayam. Dah cukup masa dah lapar ni nak mencanai pulak. Alas meja dengan plastik.. Hah, atas meja tu jugak mencanai, baik punya tebar.... Goreng garing-garing. Perghhh.. sedap.. Selebihnya saya goreng separuh masak dan lapis-lapiskan dengan plastik kemudian simpan dalam peti sejuk; jadi roti canai segera. Tengah sedap makan tiba-tiba si Pie balik, Pie: "wow.!! roti canai!! mana kau dapat?" Saya: "Aku buat sendirilah" Pie: "Jangan nak tipu akulah, entah 'stewardess' mana bagi kat kau. Siapa bagi?" Saya: "Laaa.. betul aku buat tadi..." Pie: "Tipuuu..." (sambil sedia menggoreng roti canai) Saya: "Pie...Pie..." ..Kenangan terindah bersama Haji Shafie :)

No comments:

Post a Comment