Wednesday, October 9, 2013

SUDA ANAM TAWUN..

Tahun 2006 saya masih lagi bekerja sebagai IT Helpdesk di SS13 Petaling Jaya. Suatu hari semasa rehat tengahari (saya rehat 11pagi hingga 12tengahari) saya merayau hingga ke stesyen LRT Asia Jaya, tak jauh dari pejabat. Saya ternampak satu gerai berwarna oren dengan satu payung empat segi terpacak ditengahnya. Kedudukan gerai tu betul-betul di muka tangga stesyen LRT. Gerai menjual buah-buah yang dipotong, air, dan makanan ringan. Saya beli sebungkus buah mangga. Umpan je untuk bersembang dengan si penjaja. Sembang punya sembang si penjaja kata gerai tu disewa dari RapidKL dengan deposit lima ribu ringgit dan sewa bulanan tujuh ratus ringgit. "Saya suda anam tawun meniaga sini juga. Turun naik turun naik sama MPPJ, sama RapidKL, saya tada hirau terus meniaga. At last diorang ta bole tahan terus kasi saya sewa ini macam." ramah sungguh dia menceritakan pengalamannya; dengan bunga-bunga bahasa dan geleng kepala, tangan juga digerak-gerak. Kesudahannya sebelum saya bergerak pergi 'anney' tu pula yang buat tawaran, "Abang taruk la itu roti jual sini....". Saya geleng kepala tanda setuju.... https://www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace

No comments:

Post a Comment