Tuesday, October 22, 2013

KOMITMEN

Kadangkala kita berada di keadaan serba salah untuk memilih komitmen mana yang kita nak dulukan. Nak jaga bisnes ke, nak duduk rumah jaga anak ke, nak ke seminar ke? Duduk rumah jaga anak pun adalah komitmen juga. Kita pernah lepaskan komitmen lain semata-mata kerana untuk anak. Duduk kedai ganti tempat pekerja yang asik ponteng pun komitmen juga. (kena fire la budak tu lepas tu) Sekiranya kita terpaksa melepaskan satu komitmen untuk melaksanakan satu komitmen yang lain, adakah kita bisa di tuduh sebagai tidak komited? Ya, kita tidak komited. Mengaku sajalah kita tidak dapat memberikan komitmen kerana kita beri keutamaan kepada komitmen yang lain dulu. Selesai. Kita tak boleh kaut semua benda ke dalam gendongan kita. Yang kita gendong jangan sampai keciciran. Ok. Selain dari buku The E-Myth Revesited tu cuba-cubalah cari buku The 7 Habit Of Highly Effective People -Steven Corvey. Hadamkan tajuk 'Begin With End In Mind' dan tajuk 'First Thing First'. Peace yo..

1 comment:

  1. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com....

    ReplyDelete